Gua Telinga

Gua Telinga merupakan sebuah gua yang terletak di Taman Negara. Ia merupakan sebuah gua batu kapur dan terletak kira-kira 2.6km (1.6 batu) dari Kuala Tahan, Pahang, Malaysia.[1] Gua Telinga terletak di kedudukan terpencil dan hanya boleh dicapai dengan menggunakan jalan denai ini amat sesuai bagi mereka yang gemarkan cabaran dan pengembaraan lasak.Gua Telinga boleh dicapai melalui jalan darat ataupun melalui sungai. Untuk melalui jalan darat, ia mengambil masa sekitar sejam setengah berjalan kaki untuk sampai ke gua itu. Pelancong juga boleh menaiki bot sehingga ke jeti berdekatan, diikuti dengan setengah jam berjalan kaki sehingga samapai ke pintu gua.Di dalam gua tersebut terdapat tali panduan bagi para pengunjung melalui laluan sejauh 80 meter (87 ela) yang melalui beberapa kamar. terdapat juga anak sungai yang mengalir dalam gua tersebut. Gua Telinga juga memiliki beberapa bahagian yang agak sempit dan meneroka gua ini boleh memakan masa selama beberapa jam, merangkat melalui laluan sempit, dan melangkah merentasi lantai gua yang licin.Gua batu kapur ini melindungi pelbagai hidupan liar seperti Kelawar Ladam Bulat Malaya, katak belang hitam, kodok gergasi, labah-labah cemati, riang-riang gua, lipas, gonggok, dan ular gua racer snake[2] yang memakan kelawar. Ular racer dan labah-labah cemati tidak berbisa. Selain itu para pelawat dapat melihat dengan sendiri, lukisan di dinding gua yang membuktikan kehadiran penempatan manusia awal di situ. Pelawat dinasihatkan agar tidak menyentuh, menconteng atau merosakkan apa-apa sebagai warisan generasi akan datang.